Jumat, 31 Januari 2014

Kemalangan Dahsyat Kakitangan TNB di Kulim Kedah 3 Keping Gambar

Gambar Kemalangan Kulim

Maklumat lengkap yang Berita Semasa terima. Yang mana telah berlaku kemalangan dahsyat di Kulim Hi-Tech Park, Kulim Kedah. Lokasi kemalangan terletak berdekatan dengan Kilang Saint Gobain dan First Solar. Yang mana mangsa terlibat dalam kemalangan ini adalah terdiri daripada kalangan kakitangan TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri. 5 orang kakitangan TNB kesemuanya.
Kemalangan ini agak teruk sehingga menyebabkan tiang lampu jalan bersekali dengan bongkah batu foundation pun boleh tercabut sama dan dalam pada masa yang sama mangsa-mangsa telah tercampak keluar. Anda boleh bayangkan bagaimana keadaannya. Ramai yang mengatakan kereta telah dipandu laju.
Berita Semasa dimaklumkan mangsa telah dimasukkan ke ICU. Kemalangan yang berlaku pagi tadi berpunca kereta mangsa yang gagal dikawal telah berpusing dan melanggar tiang lampu.

Lagi Gambar Kakitangan TNB di Kulim Kedah


sumber:
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Umno Kelantan kerja keras pastikan menang PRK Kuala Besut

July 06, 2013 TMI
Badan Perhubungan Umno Kelantan akan bekerja keras memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata buat peringkat permulaan, mulai esok 50 petugas termasuk penceramah akan dihantar untuk membantu Umno Bahagian Besut menghadapi PRK itu.
"DUN Kuala Besut berjiran dengan Kelantan khususnya Pasir Puteh, sudah pasti Umno Kelantan akan memainkan peranan besar dalam memastikan BN menang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang di Jeli, Kelantan, hari ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian anggota DUN berkenaan, Dr A Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lalu.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai manakala hari pengundian pada 24 Julai.

Sambil menjelaskan program ceramah yang bakal diadakan akan disesuaikan dengan bulan Ramadan, Mustapa berharap sempena bulan mulia itu suasana  kempen tidak mencetuskan ketegangan. - Bernama, 6 Julai.
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Polis Perut Buncit Dilarang Jaga Lalu Lintas

 7 Mac 2013 catatan idahsalam

Ilustrasi (Reuters) 
  Hanoi -  polis  gendut, berperut buncit dan bertubuh pendek dilarang untuk mengatur lalu lintas di jalanan ibukota Hanoi, Vietnam.

Ketentuan ini diberlakukan otoriti setempat dalam rangka meningkatkan citra polis di mata publik. Polis  gendut itu hanya diperbolehkan menjalankan tugas pentadbitan di pejabat. Meski demikian , persyaratan khusus mengenai tinggi dan berat badan bagi anggota Polis Vietnam belum diatur secara tertulis.

"Polis  dengan perut buncit, atau mereka yang badannya terlalu kecil, akan dimutasi untuk menjalankan tugas pentadbiran di pejabat demi menghindari kontak langsung dengan masyarakat," tegas Kolonel Dao Vinh Thang seperti dilansir AFP, Rabu (6/3/2013).

Namun Ketua Division Lalu Lintas Polis Hanoi, Kolonel Dao Vinh Thang menyatakan, pihaknya sedang mendata para personelnya yang belum pernah menjalani pengukuran tinggi dan berat badan. Bagi mereka yang tidak memenuhi persyaratan baru tersebut, lanjut Dao, dengan sangat terpaksa akan dimutasi.

"Hal ini merupakan salah satu strategi untuk membangun kembali citra baik polis  lalu lintas Hanoi di mata masyarakat sepanjang tahun 2013 ini," imbuhnya.

Selama ini, polis  lalu lintas di Vietnam, terutama di Ibukota Hanoi, memang dikenal dengan citranya yang buruk di mata publik. Terlebih, survei terbaru yang didanai oleh Bank Dunia menobatkan Divisi Lalu Lintas Polis Vietnam sebagai institusi paling korup di negara komunis ini.

Pada tahun 2011 lalu, otoriti setempat melarang setiap polis  lalu lintas di Vietnam untuk memakai kacamata hitam saat bertugas. Mereka juga dilarang untuk bersembunyi di balik pohon demi menjebak para pengguna jalan agar kena saman .

Meski dinilai sedikit diskriminatif, namun aturan baru ini dianggap sebagai langkah yang baik untuk meningkatkan persepsi publik terhadap polis . Salah seorang polis  Vietnam, Nguyen Trong Thai mengaku dirinya menyambut baik aturan ini.

"Memang diperlukan bagi para polis untuk melakukan latihan fisik secara rutin," ucapnya.  detikNews
Read More..

Skandal Seks Bawah Umur Dibicarakan 6 Gambar




Singapura – Seorang warga Switzerland yang meminta dibicarakan atas dakwaan mendapatkan khidmat seks budak perempuan bawah umur didakwa turut melanggani khidmat 10 lagi teman sosial, termasuk wanita berusia 43 tahun yang tersenarai dalam laman internet yang menawarkan khidmat seks.

 

Perbicaraan membabitkan Jeurg Buergin, 41, yang juga bekas Pengarah Eksekutif Operasi UBS Investment Bank memasuki hari kedua di mana Mahkamah Rendah kelmarin mendengar kes langgan wanita ditawarkan bapa ayam, Tang Boon Theiw.

Buergin, yang juga bapa kepada dua anak adalah tertuduh pertama daripada 51 lelaki yang membayar untuk mendapatkan khidmat seks gadis bawah umur dan meminta untuk dibicarakan.

 

Peguam bela tertuduh, Selva K. Naidu turut membacakan SMS anak guamnya itu dengan Tang.
 
Seramai 17 teman sosial, termasuk budak perempuan bawah umur terbabit ditawarkan Tang.

Mahkamah diberitahu bahawa Buergin menemui wanita langganannya itu di hotel mewah termasuk Marina Mandarin, Grand Hyatt dan St Regis. – AGENSI
Read More..